terima kasih...bagi makan tiap-tiap ari pun boley :P



28 Mei 2012

kisah kereta & payung


Pada suatu pagi yang cerah, sedang asyik aku melayani mataku yang sangat layu hampir dibuai mimpi,
Aku tetap meneruskan perjalanan ku dari tempat kerja menuju ke sebuah tempat yang dinamakan sebagai "rumahku syurgaku".

Setibanya aku di persimpangan jalan, aku menuruni bukit kecil, setibanya dihalaman rumah....
Tiba-tiba aku ternampak payung yang terletak ditempat yang sepatutnya aku parking keretaku..

Hati kecilku pun berkata...

"ish....siapa la tuan punya payung ni... nak je aku langgar sampai patah!!!

sebelum syaitan mula menguasai diriku hati kecilku pun berkata lagi..

"sabar... tak ada faedah pun kalau kau langgar payung buruk tu..

Aku pun bertindak untuk keluar dari kereta dan meletakkan payung tersebut ditempat lain..

Tiba-tiba

aku terdengar satu suara sumbang berkata:

"hei... rupa-rupanya wujud lagi manusia dirumah tu!!!"

Aku terkejut sampai nak jatuh tercabut jantung ku..:P

Dengan perasaan yang marah, aku pun menoleh kearah lembaga suara tersebut..

****************************************END**************************************************

OK..AKU BUKANNYA NAK CERITA PASAL PAYUNG

TAPI.........

Aku nak cerita pasal makcik ni, yang takde nilai murni sebagai seorang manusia...
mana perginya nilai-nilai murni makcik ni sepanjang hidupnya bergelar manusia??
owh...
mungkin makcik tu tak pergi sekolah
atau...
cikgunya dulu tak sempat nak ajar terus meninggal?? :p (dialog cerita P.ramlee)
Senangnya korang cakap...
Bagi aku la, kalau tak pergi sekolah pun, nilai-nilai murni sememangnya sudah diterapkan ibu-bapa sejak kecil lagi..
so??????????
Tiada alasan untuk makcik ni jadi kurang ajar ok??

biar aku yang jadi cikgu...

AYAT MAKCIK TU :

"hei... rupa-rupanya wujud lagi manusia dirumah tu!!!"

AYAT YANG BETUL
" Assalamualaikum.. rupa-rupanya takde orang dirumah tadi"

ha... kan sejuk hati aku bila dengar...

p/s: Jangan kerana mulut badan binasa
Hidup didunia ni, umpama roda yang berputar..
Nanti mana la tahu kan, akan ada orang lain buat benda yang sama kat dia?
so..... orang memberi, kita merasa,,, orang berbudi..kita berbahasa...

**oh ye lupa nak cakap.. tujuan sebenar makcik tu nak minta 1 herba ni.. aku pun tak tahu nama herba tu...

***************************ZON BENGANG*********************************************************

7 Mei 2012

"measles" ialah si campak

Aku rasa ada yang tak kene la dengan tajuk aku kali ni..sama seperti diriku yang tak berapa nak kene...
terasa badan ni gatal semacam...heip.. bukan menggatal ok!!
Mungkin ni ada sangkut-paut dengan imunisasi campak yang aku terima petang semalam kot??
oh ye, sebelum aku nak bercerita panjang lebar.. sekarang penyakit campak atau "measles" dalam bahasa omputeh sudah mula merebak dengan pesatnya
dan ramai orang dah terkena, terutamanya pada kanak-kanak..
ok, kalau korang jalan-jalan dalam google ni, u all boleh tanya pakcik google kita apa dia campak ni.. and of course dia akan jawab pertanyaan anda :P

lebih kurang macam ni la dia akan jawab

campak/measles ialah jangkitan pada kanak-kanak disebabkan virus campak.
penyakit ini mudah menular pada orang lain melalui cecair dari hidung atau mulut semasa bercakap, batuk atau bersin.

Tanda-tanda terkena jangkitan campak/measles :

-demam
-Batuk, selesema
-sakit tekak
-sakit otot

and the best terrible part is, akan timbul la bintik-bintik merah (ruam) pada seluruh badan.


OH NO!!!!!!!!!!!!



So, ada cara untuk elak dari terkena jangkitan ni..

caranya ialah, dengan mendapatkan imunisasi campak..

tapi imunisasi ni tak boleh diberikan kepada merka yang:
- mengandung
- alergic pada seafood / telur
- demam

p/s : selepas mendapat imunisasi ni,anda akan mendapat kesan sampingan seperti gatal-gatal dan kalau tak silap selepas 10 hari, anda akan demam..hu hu

1 Mei 2012

SELAMAT HARI PEKERJA!!!!!!!!!

ok... now we're in May..
Maksudnya..semalam... 1.5.2012 is a labour day...

Mesti Best kan, semua orang takyah pergi kerja...
Tapi... aku yang tak best...
sebabnya aku kene kerja..
inila...akibatnya kerja shift...
Tapi bagus jugak, aku tak payah nak bersesak dalam kesesakkan nafas
lalu-lintas..

Ha...bagi orang yang kerja office hour.. korang kene la bersyukur tau x!!
kalau tak bersyukur, sila hantuk kepala tepi dinding laju2
berishtigfar lah kamu...

Pada Hari pekerja ni, sepatutnya ada penghargaan kepada kami yang kerja shift
hehe...demand pulak kan...

Tujuan aku post entry ni, adalah untuk mengucapkan
SELAMAT HARI PEKERJA
kepada Semua pekerja.. terutama pada Diri aku sendiri..

Lots of love,
Azieyana Zamri

p/s: memandangkan semalam hari pekerja,so kat rumah aku pun cuti dari buat semua kerja rumah..
walaupun kene marah ngan mak aku coz tak masak..

to my mum: hari pekerja ma.. haha