terima kasih...bagi makan tiap-tiap ari pun boley :P



16 Ogo 2017

7 months

Assalamualaikum,

Hari ni genap la umur Insyirah 7 bulan 1 minggu.. 
Insyirah dah sebulan lebih makan....
Kita ni sebagai ibu yang bekerja memang banyak dugaan kan,, bagi aku la... 
kalau boleh jadi suri rumah alangkah indahnya,,, 

Insyirah dah pandai banyak benda haha... semakin seronok tengok perkembangan anak, 

Syukur dapat Insyirah, Tidur malam tak meragam pun,,, cuma nak tidur je lambat... tu pun dalam pukul 12 malam la... 

Tulis dalam blog ni saje je nak buat kenangan jaga Insyirah masa baby kan, harap la 1 day Insyirah dah besar & kalau la Insyirah boleh jumpa blog ummi, Insyirah boleh baca kisah Insyirah masa kat sini ye nak.. hahah..

Lets ummi cerita,

Nur Adra Insyirah Binti Muhammad Adri Zamri, Nama panggilan Insyirah... means kegembiraan, kebahagiaan... Ummi dapat ilham nama ni sempena 1 surah dalam al-quran (Al-Insyirah), masa mengandungkan Insyirah dalam 3 bulan, ummi kuat kata anak dalam perut ummi ni girl...

Masa nak beli buku nama pun, ummi & abbah decide nak beli buku nama bayi perempuan, Banyak sangat nama dalam tu, tapi kebanyakkan nama yang ummi usulkan pada abah dia tak setuju..

Masa mengandungkan Insyirah ummi suka amalkan baca surah Yusuf, surah Luqman dan Surah Al-insyirah & Surah Maryam... Biasanya surah famous orang akan baca surah Yusuf, surah Luqman & Surah Maryam je kan? tapi entah macam mana 1 day ummi  search (tak ingat tajuk apa ummi search) tapi jumpa la 1 blog cakap boleh amalkan surah Al-Insyirah & ayat kursi hembus pada perut ibu mengandung  dan niat dalam hati supaya dikurniakan anak yang baik akhlaknya, baik sifatnya etc..

Masa mengandung kita buat je yang baik2, yang tak bertentangan dengan islam kita amalkan je,,, doa yang baik2 buat baby kan...hampir setiap hari ummi akan baca surah ni.. dan 1 hari terdetik dalam hati ummi, kalau anak ummi  girl, ummi akan namakan dia Insyirah.

So, otw balik kerja ummi cakap kat abah, dah dapat nama la, Ummi sebut Insyirah.. automatically abah setuju tanpa sebarang ulasan, abah cakap sedap nama ni, jumpa mana bla...bla... bla...

Lepas Insyirah Keluar, Syukur...Syukur Alhamdulillah Insyirah memang tak banyak ragam, tak menangis sesuka hati, malam boleh tidur lena.. hehe...

Ni la ceritanya mana Insyirah dapat nama hehe..

P/s : ummi harap insyirah akan jadi baik sampai bila2... senang jaga sampai bila2... nanti besar jadi anak solehah ok...


Love u..


Lots of love,
Ummi (Aziana)