terima kasih...bagi makan tiap-tiap ari pun boley :P



16 Dis 2012

Hepi birthday!!

Ok...memandangkan aku memang suka post entry yang dah basi.... 
so hari ni aku post lagi yang basi punyer...(tapi makanan basi aku paling benci ok!!)

Entry aku hari  ni pasal...
Birthday bapak aku!!!

"dear dad... Did u know about the safest place in the world??? It's ur shoulders....
On ur birthday ....i wish to thank u for every single thing u have done for me in life &
Every single smile you've given to me....
There's no birthday card or wishes can express in words...the amount of love and respect i have for u...here's my himble attempt at giving u a very warm greeting on this special day...wishing u hepi birthday dad!!!
There's no a great birthday party...o.m.g so teruk anak ni kan?? (but..atleast dah buat ala kadar punyer) :p but...don't worry dad...i'll make u proud of me!! (ada kaitan ke??)

Dad...i'm not like other's...no big present...expensive present?? Like other's?? Owh dad...so sorry!!

But...here's the expensive one...i wish ur birthday throught online....:p

Ur sweet daughter ni dah buat satu entry yang betul-betul mahal dan tak da dibuat oleh anak2 yang lain kan??

Last but not least,

Hepi birthday dad...diiringi dengan doa , semoga kesihatan yang baik.... rezeki sentiasa datang tak putus-putus...semoga panjang umur... hehe

lot's of love,
your sweet daughter -_-"


13 Dis 2012

12.12.12

12 disember 2012..??
Jika kita sebut macam tu,memang bunyinya tak best kan?
Ok..cuba u all sebut 12.12.12??? Wow......sape yg gedik akn cakap...  Of coz la korang akan cakap
"Wa.... Speacialnya tarikh ni..."
Ye la...jarang kita akan tarikh ni kan??? Dantak mungkin kita akan jumpa tarikh ni untuk tahun-tahun yang mendatang...ye tak??
Biasanya....bila tanggal tarikh 31.12 je korang akan ingat kan????
Ye la...End of Year....& kalau aku, aku akan ingat sale yang ada kat shopping complex je...
YES!!!! Year End Sale la...hehehe

Tapi brbeza dengan tahun ni.... 31.12 dah tak sehangat cucur pisang mak limah dah....kesian si 31.12 orang duk sibuk bercakap pasal si 12.12.12...kenapa???? Mana la aku tahu... Maybe bagi dorAng unik kot....unik la sangat kan????

Ye la sampai ada yang sanggup untuk ambik cuti pada tarikh ni,,,untuk apa??? Kawen...tahnaiah diucapkan pada rakan sekerja aku yang kawen pada hari ni....

Dan tak ketinggalan jugak, berpusu-pusu ibu mengandung booking tarikh ni untuk melahirkan anak dorang...walaupun usia kandungan dorang belum genap??? Eh...ada eh camtu? Tu i tak tahu...ada la kot?? Hehe

Erm...ada ke yang plan nak buat anak pada tarikh ni??? Opppss..hehe

Ok..berbalik pada tajuk kita...
Hari ni je... Bila aku on fb, ramai je yang update status pasal tarikh ni...naik bosan plak aku baca....
Dengan egonya aku tak update status cam tu ok?.
Antara status yang aku baca...
"wa...i like this beautiful date"
"hari ni semua orang kecoh pasal tarikh 12.12.12..no wonder lah pada 20/12/2012 orang akan
Kecoh lagi sedangkan ia cuma tarikh"

Ok.... Tu status adik aku!!!! Hahaha.... Nampak tak betapa hebatnya tarikh ni.... Sampaikan adik aku pun sibuk duk update pasal tarikh ni...& kakaknya pulak duk kecoh pi update entry sempena dengan tarikh ni....boleh tak klasifikasikan sebagai "akak borek, adik rintik"?? Hahaha

Dan!!!! Pada tarikh ni jugak tempat keje aku ramai dengan pesakit!!!


Banyak sangat peristiwa yang terjadi pada 12.12.12

Especially macam aku sendiri....

Pada 12.12.12 aku duk sibuk update entry untuk blog aku, dan!!!! aku terlupa untuk publish???
Sungguh aku tak sangka... -_-"
Apa nak jadi dengan aku ni???
Aigoo......





Lots of love,,,
-_-"

16 Nov 2012

SALAM MAAL HIJRAH...

Mungkin agak lewat bagi aku untuk wish "selamat tahun baru", tapi ada aku kesah?? tak salahkan??
hehe...

mungkin dulu kecik-kecik ,zaman sekolah dulu, kita tak tahu apa tu maal hijrah kan?? yela,,, dah nama pun budak kecik kan?? mesti la tak tahu apa-apa... yang aku tahu, hari public holiday..

hm.... nak salahkan sape?? makbapak
tu gua tara tau  ok..hehe

Lepas public holiday...
esoknya pergi sekolah balik kan??
cikgu akan tanya...

cikgu: murid-murid semalam hari apa??
murid: public holiday, maal Hijrah cikgu..

semua jawab dengan betul, so cikgu akan keluarkan gula-gula sebagai habuan.. macam bagi ikan makan

lepas jawab, cikgu akan mula la bercerita pasal maal hijrah kan...
cikgu aku pun tanya lagi :
apa yang kamu tahu pasal hijrah??

kitorang akan jawab : berhijrah cikgu!!
haha... yela kitorang dulu mana la tahu sangat kan, so kitorang jawab je la dengan ringkas camtu.. kalau ada internet masa tu, confirm ada yang boleh jawab dengan panjang lebar kan...

cikgu pulak akan jawab..
betul.. tapi ringkas sangat jawapan kamu... ( bagi jugak la gula-gula)

then, cikgu akan mulakan ceramah beliau...

hm.. disini.. bukan nya aku nak cerita pasal zaman sekolah aku dulu,, cuma aku nak cakap
konsep hijrah yang aku rasakan perlu ada untuk kalangan sahabat-sahabat aku yang berada di tempat kerja aku...

kawan-kawan, aku harap korang semua akan "berhijrah" dari zon selesa korang..
apakah itu???
ye la... keluar la dari zon mencaci, menghina, mengumpat & memfitnah sesama sendiri...
tu hijrah jugak kan?? sape yang tak setuju?? aku nak lempang korang

aku harap sangat ada kawan aku, especially yang dah puas duk menghasut orang mengata aku tu...
memfitnah aku tu, please,,,please berubah!!!
ini adalah amaran!! nasihat dari seorang sahabat untuk seorang sahabat...

Kepada "Blackberry" bukan nama sebenar
aku harap engkau berhijrah la, dari terus dengan sikap negatif tu..
aku harap di tahun baru ni, engkau sentiasa ingat yang kau tu hanyalah hamba Allah
Janganlah perbesarkan harta kekayaan, kebahagiaan yang sedang engkau kecapi
dengan memperkecilkan kawan-kawan, menghasut orang sekeliling,
menjadi talam 2 muka, dan berlakon pada umum yang engkau sebaik-baik manusia,
please, berubah...

ok...
tu berhijrah dari jahat ke baik..
adakah dia akan berubah??
jawapan aku: we'll see walaupun aku tahu jawapannya  sama-sama la kita berdoa untuk beliau..
takut nanti kalau Allah nak tunjuk kuasanya, naya  huhu



lagi??

korang update la sendiri blog pasal hijrah jugak ok :P

hehe...

lot's of love,
cikyana zamri



30 Okt 2012



kenapa la gambar  aku  budak kiut miut atas tu macam stress?,,,

ha...macam tu la rupa muka aku beberapa ari ni.... stress..stresss.... i'm so stress!!!!
bukannya stress disebabkan kerja... aku enjoy dengan kerja aku sekarang... hehe

tapi aku stress dengan blog aku...

     aku

kiut x aku begitu resahnya muka aku dengan dashboard baru ni... entah kenapa aku tak reti nak cari edit html... aku dah search cara nak guna.. tapi still tak dapat jugak... 

tolong..tolong.... 

 aku tak exam hehe...

akhirnya.... semuanya dah selesai..... credit to http://sleepypingu.blogspot.com/


27 Okt 2012

SELAMAT HARI RAYA HAJI (",)

Semalam ialah hari raya haji @qurban...

Wee... Best kan,, tahun ni kita masih berkesempatan untuk menyambut hari raya haji...dan lagi best bagi orang yang dipilih menjadi tetamu Allah...

Seronok tak terkata kan kalau kita dapat turut serta dengan jemaah haji datang berjumpa Allah...

Dari kecik dulu sampai tua  sekarang sehari sebelum hari raya haji, akan berkumandang la takbir...
Bila tengok tv, akan nampak la beribu-ribu mahupun berjuta umat islam berada di makkah...

Sayunya hati bila melihat mereka berhimpun untuk berjumpa illahi...

Dan tiba-tiba air mata mengalir perlahan apabila dapat menyaksikan sekumpulan manusia dapat menyentuh kaabah dan mencium hajarul aswad (batu dari syurga)...

Terdetik sedikit rasa cemburu...bukannya cemburu yang negatif ok!! 
Cemburu yang positif... Cemburu kerana aku belum berpeluang untuk menjadi tetamu Allah... 
Cemburu kerana aku belum terpilih menuju kerumahNYA....

cemburu melihat jutaan umat islam
bersama-sama tawaf ( dimana mengelilingi kaabah)
bersama - sama saie ( mengingati peristiwa siti hajar berulang - alik mencari air untuk anaknya Nabi Ismail dari safar ke marwah)
bersama-sama melontar jumrah (mengingati peristiwa nabi Ibrahim mengambil batu lalu merejam iblis yang menghasutnya berkali-kali)
bersama-sama wukuf di padang arafah... (mengingati peristiwa Nabi Adam dan hawa diturunkan kebumi akibat  tipu daya iblis dan mengambil masa 40 tahun bertemu kembali,,dan disinilah "arafah" mereka bertemu lalu memohon ampun daripada Allah.)

serta bersama - sama melaungkan
" LABBAIKA ALLAHUMMA LABBAIKA
LABBAIKALA SYARIKALAKA LABBAIKKA
INNAL HAMDA WAN NI'MATA LAKA
WALMUL'K LA SYARIKA LAKA LABBAIKA"

Maksud : aku patuhi perintah-Mu
aku patuhi, aku patuhi
Tiada sekutu bagi-Mu, aku patuhi perintah-Mu
Sesungguhnya puji dan nikmat adalah milik-Mu
Begitu pula kerajaan, tiada sekutu bagi-Mu
Aku patuhi perintah-Mu

p/s : kepada yang tak berpeluang mengerjakan ibadah haji, dan mampu a.k.a ada simpanan lebih jom buat ibadah korban..
besar pahala kalau bersedekah :-)


:-) selamat hari raya haji semua ..

lot's of love,
cik yana zamri

Labbai kallahumma labbaik,
Labbaikallah humma kala kalabbaik,
Innalhamda wanni'mata laka walmulk,
La sharikalak

25 Okt 2012

Dalam islam kita disarankan supaya jangan memfitnah antara satu sama lain....Ok...

Cuba korang amati baik-baik ayat ni....

 "Dan memfitnah itu lebih buruk daripada membunuh" - Al Baqarah 2:191

 Ha..... Ada tak korang rasa bersalah yang teramat sangat?...

 Itula...kita hidup didunia ni tak lama..apa yang perlu kita buat sebagai khalifah didunia ini adalah banyak-banyakkan beribadat dan melakukan amal jariah.... Ye tak....???

 Ok...kita ni kalau bab gosip artis ni mesti kita cepat nak pasang telinga besar-besar telinga kuali kan??

Seronok kan dengar cerita artis ni padahal kita tak tahu perkara tu benar ataupun salah kan??? Kalau cerita tu benar takpe la jugak kan... Kang cerita tu tipu, tak pasal-pasal kita dah termasuk dalam golongan orang yang suka memfitnah...

 "Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan ke dalam api neraka selama tujuh puluh tahun." (Hadis riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A)

 Hurm... Cuba korang baca potongan...Hadis diatas... Betapa dahsyatnya hukuman yang bakal diterima walaupun tanpa kita sedari kan....

 Tu bab cerita yang kita tak fikir pun mendorong kearah fitnah...

 Macam mana pulak dengan ayat ni...

 "..dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang." - Al Hujurat 49:12

 Mesti la kita tak nak makan daging saudara yang dah mati kan...?

 Macam mana lak dengan situasi dimana kita kena fitnah??? Kalau aku la kan... Bila aku dengar ada orang reka-reka cerita pasal aku... My first impression is...... Aku diam dan selepas tu aku akan senyum je... Tapi dalam hati Allah je yang tahu...

Then aku akan cakap kat orang yang menyampaikan cerita tu

"biarlah"

 Kalau diikutkan ati aku, nak je aku tonyoh muka dia kat atas lantai... Tapi aku ni dalam golongan orang yang sabar kot... Hehe...perasan!!

Kenapa aku tak nak balas??? Ha.... Korang baca ni....

 "Pada hari itu(hari kiamat), akan bersaksilah ke atas kamu oleh segala lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan(didunia dahulu)." An Nur 24:24

 Buat apa la nak susahkan diri di dunia ni nak bagi pengajaran kat dorang kan.?? Kalau dulu kat sekolah kan..even sekarang di tempat kerja pun mesti orang akan ajak kita mengumpat a.K.a memfitnah... Then last ayat dia mesti cakap "ni bukan mengumpat a.k.a memfitnah...tapi cuma cakap je... Padahal kita yang mendengar pun akan kene jugak...

 "Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa) dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat itu" Hurm...sesungguhnya janji Allah itu benar... Kalau kita kene fitnah sekalipun sabar je la... Kita akan dapat balasannya...

   "Tiga perkara apabila ada pada seseorang itu maka ia adalah munafiq (munafiq amal, bukan munafiq aqidah) walaupon ia berpuasa dan sembahyang. Ialah orang yang apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkiri dan apabila ia diamanahkan sesuatu ia akan khianat"

 "Sesiapa yang sanggup meninggalkan pertengkaran sedangkan ia adalah dipihak yang salah, Allah akan membina untuknya sebuah rumah ditepi Syurga. Dan barang siapa yang sanggup meninggalkan bertengkar sedangkan ia berada di pihak yang benar, Allah akan membina untuknya sebuah rumah ditempat yang tinggi didalam Syurga."

 Pesanan aku kepada yang rasa diri tu baik sangat...baca ni....

 "Maka janganlah kamu menganggap dirimu bersih, sebenarnya Allah lebih mengetahui siapakah orang yang lebih bertaqwa kepadaNya." - An Najm 53:32

 Sekian...wassalam...

 p/s: untuk panduan kita bersama

 -peace- |-_-|

 lot's of love,,
  cik yana zamri

28 Mei 2012

kisah kereta & payung


Pada suatu pagi yang cerah, sedang asyik aku melayani mataku yang sangat layu hampir dibuai mimpi,
Aku tetap meneruskan perjalanan ku dari tempat kerja menuju ke sebuah tempat yang dinamakan sebagai "rumahku syurgaku".

Setibanya aku di persimpangan jalan, aku menuruni bukit kecil, setibanya dihalaman rumah....
Tiba-tiba aku ternampak payung yang terletak ditempat yang sepatutnya aku parking keretaku..

Hati kecilku pun berkata...

"ish....siapa la tuan punya payung ni... nak je aku langgar sampai patah!!!

sebelum syaitan mula menguasai diriku hati kecilku pun berkata lagi..

"sabar... tak ada faedah pun kalau kau langgar payung buruk tu..

Aku pun bertindak untuk keluar dari kereta dan meletakkan payung tersebut ditempat lain..

Tiba-tiba

aku terdengar satu suara sumbang berkata:

"hei... rupa-rupanya wujud lagi manusia dirumah tu!!!"

Aku terkejut sampai nak jatuh tercabut jantung ku..:P

Dengan perasaan yang marah, aku pun menoleh kearah lembaga suara tersebut..

****************************************END**************************************************

OK..AKU BUKANNYA NAK CERITA PASAL PAYUNG

TAPI.........

Aku nak cerita pasal makcik ni, yang takde nilai murni sebagai seorang manusia...
mana perginya nilai-nilai murni makcik ni sepanjang hidupnya bergelar manusia??
owh...
mungkin makcik tu tak pergi sekolah
atau...
cikgunya dulu tak sempat nak ajar terus meninggal?? :p (dialog cerita P.ramlee)
Senangnya korang cakap...
Bagi aku la, kalau tak pergi sekolah pun, nilai-nilai murni sememangnya sudah diterapkan ibu-bapa sejak kecil lagi..
so??????????
Tiada alasan untuk makcik ni jadi kurang ajar ok??

biar aku yang jadi cikgu...

AYAT MAKCIK TU :

"hei... rupa-rupanya wujud lagi manusia dirumah tu!!!"

AYAT YANG BETUL
" Assalamualaikum.. rupa-rupanya takde orang dirumah tadi"

ha... kan sejuk hati aku bila dengar...

p/s: Jangan kerana mulut badan binasa
Hidup didunia ni, umpama roda yang berputar..
Nanti mana la tahu kan, akan ada orang lain buat benda yang sama kat dia?
so..... orang memberi, kita merasa,,, orang berbudi..kita berbahasa...

**oh ye lupa nak cakap.. tujuan sebenar makcik tu nak minta 1 herba ni.. aku pun tak tahu nama herba tu...

***************************ZON BENGANG*********************************************************

7 Mei 2012

"measles" ialah si campak

Aku rasa ada yang tak kene la dengan tajuk aku kali ni..sama seperti diriku yang tak berapa nak kene...
terasa badan ni gatal semacam...heip.. bukan menggatal ok!!
Mungkin ni ada sangkut-paut dengan imunisasi campak yang aku terima petang semalam kot??
oh ye, sebelum aku nak bercerita panjang lebar.. sekarang penyakit campak atau "measles" dalam bahasa omputeh sudah mula merebak dengan pesatnya
dan ramai orang dah terkena, terutamanya pada kanak-kanak..
ok, kalau korang jalan-jalan dalam google ni, u all boleh tanya pakcik google kita apa dia campak ni.. and of course dia akan jawab pertanyaan anda :P

lebih kurang macam ni la dia akan jawab

campak/measles ialah jangkitan pada kanak-kanak disebabkan virus campak.
penyakit ini mudah menular pada orang lain melalui cecair dari hidung atau mulut semasa bercakap, batuk atau bersin.

Tanda-tanda terkena jangkitan campak/measles :

-demam
-Batuk, selesema
-sakit tekak
-sakit otot

and the best terrible part is, akan timbul la bintik-bintik merah (ruam) pada seluruh badan.


OH NO!!!!!!!!!!!!



So, ada cara untuk elak dari terkena jangkitan ni..

caranya ialah, dengan mendapatkan imunisasi campak..

tapi imunisasi ni tak boleh diberikan kepada merka yang:
- mengandung
- alergic pada seafood / telur
- demam

p/s : selepas mendapat imunisasi ni,anda akan mendapat kesan sampingan seperti gatal-gatal dan kalau tak silap selepas 10 hari, anda akan demam..hu hu

1 Mei 2012

SELAMAT HARI PEKERJA!!!!!!!!!

ok... now we're in May..
Maksudnya..semalam... 1.5.2012 is a labour day...

Mesti Best kan, semua orang takyah pergi kerja...
Tapi... aku yang tak best...
sebabnya aku kene kerja..
inila...akibatnya kerja shift...
Tapi bagus jugak, aku tak payah nak bersesak dalam kesesakkan nafas
lalu-lintas..

Ha...bagi orang yang kerja office hour.. korang kene la bersyukur tau x!!
kalau tak bersyukur, sila hantuk kepala tepi dinding laju2
berishtigfar lah kamu...

Pada Hari pekerja ni, sepatutnya ada penghargaan kepada kami yang kerja shift
hehe...demand pulak kan...

Tujuan aku post entry ni, adalah untuk mengucapkan
SELAMAT HARI PEKERJA
kepada Semua pekerja.. terutama pada Diri aku sendiri..

Lots of love,
Azieyana Zamri

p/s: memandangkan semalam hari pekerja,so kat rumah aku pun cuti dari buat semua kerja rumah..
walaupun kene marah ngan mak aku coz tak masak..

to my mum: hari pekerja ma.. haha

29 Apr 2012

Walkie-Talkie

Hu..hu...hu...
Setelah penat bekerja...aku pun balik ke rumah...

Ari ni bukan nak cerita pasal aku kerja...
Tapi aku nak menjawab soalan yang telah diajukan oleh kawan aku tadi...

Soalan :
Kenapa orang guna walkie talkie untuk kes kecemasan, kenapa tak guna handphone je?
(Paham ke soalan ni?) kepada yang tak paham, sila hentak kepala kat dinding
lebih kurang gitu le soalan dia..kawan aku tanya dalam bahasa sarawak... aku da translate supaya korang tak payah telan panadol gara-gara pening kepala baca soalan dalam bahasa sarawak ye..

ok... aku ulang soalan dia..
"kenapa kita di hospital, guna walkie talkie untuk kes kecemasan, kenapa tak guna handphone je..kan sekarang zaman moden?"

gambar hiasa pada yang tak tahu..

Jawapan kawan aku:
walkie talkie ni radio dua hala..ia dapat menghantar dan menerima (berbicara dan mendengar), ia juga dapat digunakan pada tempat yang susah mendapat liputan.. yang penting? it's free..no charge hehe

oh ye... dari kecik lagi kita dah kenal walkie talkie..tapi siapa pencipta walkie talkie ni??

penciptanya : saya Donald L.Hings..

owh ye...sebelum aku terlupa... bila guna walkie talkie mesti korang akan dengar dorang sebut perkataan-perkataan alien ni:
alpha, romeo, sierra,bravo aku pun tak tahu apa maksud semua tu.. mungkin tu semua code

p/s : pak guard kat hospital aku keje tu, dorang guna walkie talkie untuk order makanan dari kawan-kawan dorang pulak haha...

14 Apr 2012

Perfect or purr-fect?

sekarang baru aku ada idea nak update blog....
Dizaman yang moden ni, tak kira la dari usia muda ke tua ke, semua orang pandai nak mengata orang,
lambat pick up pendek kata mengutuk orang...

dari apa yang aku perhatikan bidang kutuk-mengutuk ni, dah lali sangat dah aku tengok,,,

bak kata salah sorang dari kawan aku...
" orang yang suka mengata orang ni, sebenarnya lemah... sebab tu dia kutuk orang, dengan harapan orang akan tunduk kat dia, cuba kita lawan dia balik, confirm dia terus kecik ati" <--- ada kebenarannya disitu,,, dan aku nak sifatkan orang macam ni, tak ubah seperti


ha... orang ada sikap macam ni, memang sama perangai macam syaitan kan, kan,kan?

dan lagi satu sikap manusia yang aku kurang gemar..

sikap manusia yang rasa diri dia 'PERFECT sangat...@ 'PERASAN BAGUS'
ha... perangai orang macam ni, ramai aku dah jumpa,,,dan sedang aku jumpa..(ada pulak cam tu eh?)
rasa diri tu bagus sangat, cakap orang itu, ini...
semua benda dia nak ada...
cakap lepas, tak fikir hati dan perasaan orang..


bagi cermin kat orang macam tu, baru dia tahu...
dan aku rasa, kalau cermin didunia ni pandai bercakap, mesti cermin cakap macam ni
"aku dah meluat tengok ko cermin diri, tapi tak pernah nak sedar diri"
orang macam ni, kurang kasih sayang kot jarang cermin diri dia kat depan cermin tu, sebab tu la mulut dia macam tempayan cakap orang itu ini...
tapi yang paling aku pelik, orang yang kuat mengata ni, tak padan dengan diri sendiri yang serba kekurangan.. hehe,,,kadang-kadang, aku hanya mampu gelak dalam hati je la menghadapi orang macam ni...

semua nak cakap dia ada semua benda, nak kata body dia cantik, macam-macam lagi la...
'alangkah kesiannya aku melihat orang macam ni'

so sekarang rasa diri perfect or purrrrrrr fect?

itu sahaja ceramah aku hari ini...

p/s : kepada sesapa yang kuat mengata orang bertaubat la korang... kang lidah korang tu kene potong baru padan muka.. dan lagi 1, selalulah cermin diri kamu tu ye,,, nak mengata orang biar la diri tu perfect dulu.. entah-entah diri kamu tu yang cacat-cela...

-peace-

30 Mac 2012

DON'T BE SAD








Jangan bersedih,
bila diri ini ditimpa musibah,
kerana Allah sentiasa memberi ujian kepada hambanya,
Kita sebagai hambaNYA, haruslah bijak mengatasi segala ujian darinya,

" ujian adalah tarbiyyah dari Allah, adakah kita akan sabar atau sebaliknya"

Jangan bersedih wahai manusia,
Selagi engkau menjadi hambaNYA,
Jangan terbuai dengan kesedihan,
takut, diri akan dinodai syaitan,

"percaya dengan ketentuan Qada' dan Qadar"

Jangan bersedih,
Sesungguhnya Kekasih pilihan Allah akan dihadiahi dugaan yang hebat tanda kasihNYA,
insan yang sedih, insan yang tidak bersyukur dengan nikmatNYA,

Jangan bersedih,
Kerana kelapangan pasti akan tiba,

jangan bersedih, jangan bersedih, jangan bersedih,
pujuklah hatimu wahai hati
tanamlah sikap sabar dengan segala dugaan yang datang,

sesungguhnya aku sebagai hambaNYA yang tidak kuat untuk menepis kesedihan
tetapi, aku takut syaitan akan berdansa pabila melihat air mata berlinangan..

Kebahagiaan akan datang selepas kesedihan yang melanda..

28 Mac 2012

now...i believe on my instinct

Orang ramai berkata : "ikut hati mati" tapi kenapa tidak bagi aku... pabila mulut hatiku berkata akan sesuatu, maka itulah yang akan berlaku... hurm... best jugak kan kalau semua benda aku boleh kesan melalui naluri je.... hehehe...

22 Mac 2012

tayar oh tayar..

sememangnya pecah pening kepala bila bangun pagi tengok tayar kereta

pecah!!!!!!!!!!!!!!!!!!! huhu..nasib baik kepala aku tak pecah sama...
bila tengok kereta macam tu, apa yang perlu dilakukan??

masuk rumah sambung



hehe...itu benda yang aku buat semalam... tapi sebelum tu mesti la aku lapor kat encik boipren dulu yang tengah duk tengok muka pesakit dihospital...

selepas bangun tido baru aku fikirkan cara nak tukar tayar yang pecah tadi dengan tayar spare...
orite... dah keluarkan semua alat..tapi????
pandai keluarkan barang je, tapi nak buatnya mana la aku pandai,,, so, cara paling senang, aku kejutkan abang aku yang duk buat air liur basi je kat dalam umah tu untuk bantu aku...
dia buat takde la susah sangat pun...cuma aku je yang malas tak tahu nak guna alat tu cemana kan...

dah tukar tayar spare, aku g hospital jemput encik boipren, pergi ke bengkel kene tuker tayar baru dan kene la keluarkan DUIT....

p/s : sebagai wanita yang hidup dizaman moden ni, kita kene la belajar cara tukar tayar kereta ok??

16 Mac 2012

terima kasih kawan

hari ni betul-betul yana beterima kasih pada seorang kawan... padahal tak rapat mana pun, sebab dia baru je lagi di tempat keje...disebabkan kemalasan aku untuk drive..last-last driver pun tak muncul-muncul..nasib baik ada kawan yang baik hati sudi pinjamkan kereta..

thanx again to NANTI AK GIMAN sebab sudi pinjamkan kereta dia pada yana hari ni tanpa rasa was-was..
THANK YOU VERY MUCH...

15 Mac 2012

ON AIR & Ragam Manusia

Rancangan on Air meruapakan sebuah rancangan realiti Tv yang mencari bakat baru untuk menjadi pelapis Aznil Haji Nawawi..



Walaupun ujibakat ni dianggap serius bagi sesetengah pihak, namun ada juga aksi lucu kot...

contohnya, pak nil diserang oleh bapa saudara salah sorang peserta



ada jugak yang mengamuk bila kene reject...

macam-macam lagi la perangai manusia yang ada dan tak jangka pun akan terjadi..

motif dorang jadi begini???

tanya la dorang sendiri hehe...

walau apa yang terjadi sekalipun, tabik spring pada paknil sebab berani mengharungi semua masalah yang berlaku....
harap-harap paknil akan jumpa la pelapis yang betul-betul berbakat..


p/s: sekiranya kita ni takde bakat, terima je komen daripada mereka yang arif,, jangan la melenting ye... ok la tu, dapat jugak peluang masuk tv kejap :p

-peace-

14 Mac 2012

Senyum... tak perlu kata apa-apa...

SENYUM.....

BILA..........
KENE MARAH DENGAN MAK...
KENE MARAH DENGAN CIKGU...
KENE MARAH DENGAN BOS...

Kenapa mesti senyum je tanpa melawan?????

Kenapa mak kita marah?
mungkin ada sebab kenapa mak kita marah?
mungkin anak tu malas solat,melawan cakap mak... etc
ha... sebab tu la mak kita marah..
tindakan kita sebagai anak??
SENYUM JE LA...dan terus la fikir kenapa? kenapa? dan kenapa?
Jangan sesekali melawan..
sebab??
'SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU'
dan ambil pengajaran dari apa yang mak kita cakap..


Kenapa cikgu marah??
sebab anak murid dia melawan cakap dia, tak buat kerja sekolah, dan melanggar peraturan...etc
tindakan kita sebagai anak murid yang nakal?
senyum je macam kerang busuk..
bila kita senyum... cikgu pun tak de la marah sangat,,, dan syaitan pun takkan hasut kita untuk lawan cikgu...
so... tak de la istilah 'anak murid kurang ajar'
sebab??
" GURU YANG MENCURAHKAN ILMU"

Kenapa bos marah??
confirm sebab pekerja datang lambat,
balik kerja awal??
bila bos marah.....
kita kene la senyum je...
sebab??
"BOS BAYAR GAJI KORANG"


status diatas mungkin ada kebenarannya kan??
tapi senyum ni amat penting untuk kita...
KENAPA????????????
-dengan senyum je kita dapat pahala... senyum kan sedekah...
kita akan kekal muda (awet muda)




12 Mac 2012

KeNaPa TAKDe GAmBar SendIRI

Semua orang yang minat dengan dunia membelog blogging ni akan promote dorang punya blog pada umum...
tapi, untuk Azieyana (aku le tu) malu untuk menghebohkan blog dia pada umum...
kenapa???
sebab.... Azieyana adalah seorang yang sangat pemalu,
that 1 of the reason kenapa nanak taknak letak gambar sendiri..hehe

Biar la satu hari nanti akan ada orang yang kenal siapa empunya Blog ni tanpa melihat wajahnya yang comel biasa je hehehe....

TAPI......

aku suka tengok blog orang meriah je dengan bermacam-macam gambar...

p/s: tengok la nanti, kalau dah sampai seru, aku akan letak jugak gambar...

29 Feb 2012

-sampai hati-

Kita diciptakan oleh pencipta kita di dunia ni untuk berpasang-pasangan....
bila kita jumpa teman hidup kita maka cintailah dirinya kerana Allah..


- Dalam nas Hadis sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:


"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan     umatku"
(riwayat Al-Bukhari)


Maha suci Allah yang menciptakan berpasang-pasangan semuanya, di antara apa-apa yang ditumbuhkan dan dari diri mereka sendiri dan dari apa-apa yang tidak mereka ketahui". 
(Surah Yaasin: 36)


Dah sememangnya Allah menggalakkan hambanya berkahwin supaya dapat menghalalkan apa yang haram...
tapi kenapa ada diantara hambanya yang mempunyai pemikiran yang sempit dan dan bodoh... 
cuba baca cerita berikut sebagai pengajaran.. 
Kisah Benar,Akibat Bagi Suami Makan Darah Haid Dan Air Mani
Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.
“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk.
“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin.
“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.
Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.
“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.
“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.
“Entahlah.” katanya perlahan,
” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”kata Arifin.
Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.
“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya.
“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya.
“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,”jelas Arifin.
Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut
“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin.
Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.
Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.
Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.
Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.
“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu
“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”.
Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.
“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,”tambah Arifin.
“InsyaAllah.” Balas saya.
Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.
“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”
“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,”kata Arifin.
Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.
“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”katanya sambil mengangkat punggung.
Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.
“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.
“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.
Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.
“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.
Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;”Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”.
“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin.
“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.
“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan.
“Keluar lendir bercampur nanah.”
Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.
Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.
“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.”
“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya.
Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.
“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.
Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.
Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.
Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.
“Ustaz,”katanya,
“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu”
“Kenapa?”pantas saya bertanya…
“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya”. Arifin menyambung ceritanya;
Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.
Saya tanya “Kenapa?”
Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.
“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.”
Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.
“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.
Dia minta saya maafkan.”Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.” Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.
Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.
“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,”kata saya.
Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.
Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.”
Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.
Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.”
“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.
“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.
Mungkin dia terkejut.
“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,” jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.
“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya.
Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.
“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.
“Tapi Alhamdulillah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.
“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.
Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa.



p/s : bila kita sudah jumpa orang yang kita cintai, maka cintailah dia sepenuh hati anda
        cintailah suami kita kerana Allah, jujurlah pada pasangan anda.. 
        yakin pada diri anda bahawa dia memang tercipta untuk anda, bukan dengan
        berkelakuan seperti wanita diatas, tak ubah seperti syaitan..


lots of love, 
cik yana zamri
        
      
         

11 Feb 2012

gunung santubong....



setelah 24 tahun tinggal di sarawak, baru kali ni aku dapat merasa naik gunung santubong.... sebenarnya dah 2 kali try nak naik, tapi tak kesampaian.... sehinggalah my incik boipren ajak daki sekali lagi ikut kawan dia yang nak naik... kitorang naik 4 orang...

malam sebelum naik tu, aku dah tak sabar2 sebenarnya... hehe... mata pun tak dapat nak lelap so bangun pukol 5, tapi start daki 9.30 a.m disebabkan masalah teknikal :p

sampai ke puncak 11.20 a.m... erm...not bad la kan untuk orang yang pertama kali naik???
tapi turun lak hampir 3 jam... hehe.... :p ok la tu :p

p/s: nanti nak try naik gunung kinabalu pulak ;p (ntah bila)