Cuba korang amati baik-baik ayat ni....
"Dan memfitnah itu lebih buruk daripada membunuh" - Al Baqarah 2:191
Ha..... Ada tak korang rasa bersalah yang teramat sangat?...
Itula...kita hidup didunia ni tak lama..apa yang perlu kita buat sebagai khalifah didunia ini adalah banyak-banyakkan beribadat dan melakukan amal jariah.... Ye tak....???
Ok...kita ni kalau bab gosip artis ni mesti kita cepat nak pasang telinga besar-besar
Seronok kan dengar cerita artis ni padahal kita tak tahu perkara tu benar ataupun salah kan??? Kalau cerita tu benar takpe la jugak kan... Kang cerita tu tipu, tak pasal-pasal kita dah termasuk dalam golongan orang yang suka memfitnah...
"Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan ke dalam api neraka selama tujuh puluh tahun." (Hadis riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A)
Hurm... Cuba korang baca potongan...Hadis diatas... Betapa dahsyatnya hukuman yang bakal diterima walaupun tanpa kita sedari kan....
Tu bab cerita yang kita tak fikir pun mendorong kearah fitnah...
Macam mana pulak dengan ayat ni...
"..dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang." - Al Hujurat 49:12
Mesti la kita tak nak makan daging saudara yang dah mati kan...?
Macam mana lak dengan situasi dimana kita kena fitnah??? Kalau aku la kan... Bila aku dengar ada orang reka-reka cerita pasal aku... My first impression is...... Aku diam dan selepas tu aku akan senyum je... Tapi dalam hati Allah je yang tahu...
Then aku akan cakap kat orang yang menyampaikan cerita tu
"biarlah"
Kalau diikutkan ati aku, nak je aku tonyoh muka dia kat atas lantai... Tapi aku ni dalam golongan orang yang sabar kot... Hehe...perasan!!
Kenapa aku tak nak balas??? Ha.... Korang baca ni....
"Pada hari itu(hari kiamat), akan bersaksilah ke atas kamu oleh segala lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan(didunia dahulu)." An Nur 24:24
Buat apa la nak susahkan diri di dunia ni nak bagi pengajaran kat dorang kan.?? Kalau dulu kat sekolah kan..even sekarang di tempat kerja pun mesti orang akan ajak kita mengumpat a.K.a memfitnah... Then last ayat dia mesti cakap "ni bukan mengumpat a.k.a memfitnah...tapi cuma cakap je... Padahal kita yang mendengar pun akan kene jugak...
"Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa) dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat itu" Hurm...sesungguhnya janji Allah itu benar... Kalau kita kene fitnah sekalipun sabar je la... Kita akan dapat balasannya...
"Tiga perkara apabila ada pada seseorang itu maka ia adalah munafiq (munafiq amal, bukan munafiq aqidah) walaupon ia berpuasa dan sembahyang. Ialah orang yang apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkiri dan apabila ia diamanahkan sesuatu ia akan khianat"
"Sesiapa yang sanggup meninggalkan pertengkaran sedangkan ia adalah dipihak yang salah, Allah akan membina untuknya sebuah rumah ditepi Syurga. Dan barang siapa yang sanggup meninggalkan bertengkar sedangkan ia berada di pihak yang benar, Allah akan membina untuknya sebuah rumah ditempat yang tinggi didalam Syurga."
Pesanan aku kepada yang rasa diri tu baik sangat...baca ni....
"Maka janganlah kamu menganggap dirimu bersih, sebenarnya Allah lebih mengetahui siapakah orang yang lebih bertaqwa kepadaNya." - An Najm 53:32
Sekian...wassalam...
p/s: untuk panduan kita bersama
-peace- |-_-|
lot's of love,,
cik yana zamri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan