terima kasih...bagi makan tiap-tiap ari pun boley :P



7 Mac 2019

Adra Insyirah 2years 1month ++

Assalamualaikum,

Dah hampir setahun tak update blog,
Biasala ummi memang sentiasa busy,
pergi kerja bz di ofis then balik rumah bz dengan anak di rumah.

Sekarang Insyirah dah 2tahun lebih.
she very talkative girl now... hehe
ummi sangat hepi dengan perkembangan Insyirah sekarang...

Banyak Vocab yang dia dah tau sekarang, dan sangat cepat tangkap apa je perkataan ataupun perbuatan dari youtube or dari pemerhatian kelakuan kawan2,,

Insyirah is a funny girl,, always make me happy.. tapi bila dia dah start mengamuk haru la nak pujuk nya...

2 tahun ni sangat suka makan aiskrim, kalau pergi Speedmart/7E dia dah boleh hafal laluan ke peti sejuk aiskrim .... huhu habit ni susah nak bendung to me as a mother...
sebab dia belajar dengan kawan2 sekeliling makan benda alah ni...

antara vocab yang insyirah dah tau :-
-ummi (tapi sebut ammi)
-abah
-mak
-jangan (sometimes jange (kecek klate))
-aku (belajr dari kawan)
-wei aku punya (pun belajar dari kwn)
- nak makan
-aiskrim (sebutan sgt betul tanpa pelat)
-gurin (bahasa sarawak)
-air (nak air)
- nasi (nak nasi)
-berus gigi
- coklat
-mainan
-mandi
-hello
-no
-masuk
- Nangis
-ais

ada  lagi tapi ummi dah lupa hahaha


12 Apr 2018

Adra Insyirah Dah Pandai Jalan :)

Salam Jumaat,

Agak lama ummi x update blog ni, as usual my routine, bangun pagi, pegi keje, balik keje jaga Insyirah,uruskan rumah... so tak ada masa ummi nak update blog haha

10/04/2018 genap la Insyirah 1 tahun 3 Bulan, Last update blog is Insyirah 8mth. wooo... lama tu,
dan pada usia Insyirah genap 1 year 3 mth ni Insyirah dah pandai jalan tanpa pegang tangan dah...

good job Insyirah,

Plot cerita Insyirah pandai jalan :
- 1y2mth Insyirah suka kita pimpin tangan dan dia nak jalan, memang nampak la minat dia nak jalan
- 10/04/2018 Insyirah pandai berdiri sendiri atas katil tanpa sokongan dan Jalan sikit-sikit (3step paling banyak then jatuh), so dari pukul 8-10mlm insyirah struggle nak berdiri dan berjalan sampai keletihan heheh
- 11/04/2018 Ummi balik dari keje dengar cerita dari maktok dia yang insyirah dah pandai jalan sendiri dan berlatih jalan dengan Abg Haziq & kak Su (Marwah) - her pakcik & Makcik actually... tapi sebab umur x tua sangat nampak macam cousin ahaha
- 12/04/2018 dah lulus lesen boleh jalan sendiri dengan jayanya haha..

Syukur Alhamdulillah Insyirah dah boleh jalan, Ummi & Abah sangat happy.

paling lawak : Insyirah Jalan then jatuh nangis, tangan tepuk lantai sambil mulut membebel hahah (nak pukul lantai sebab lantai penyebab dia jatuh) haha

Kalau sebelum ni orang asyik cakap lambat nya jalan, lambatnya.. tapi ummi dan abah pekakkan telinga

Semalam g check up ada sorang auntie tanya dia pandai jalan umur berapa, ummi jawab 1y3mth baru je 2 hari, auntie tu terkejut dan cakap, "aik, baru 2 hari dah jalan laju" hehe

oh ye, next mission is : naikkan berat badan... alahai dah naik banyak sampai masa check up turun balik..


Love,
Ummi.

24 Sep 2017

Insyirah suka dukung dengan abah...

Assalamualaikum...

Now insyirah dah 8bln lebih... wow... Insyirah dah banyak berubah.... salah satu perubahan insyirah ialah dia tak boleh tengok abah..asal abah depan mata je nangis then hulur tangan mintak dukung....kalau tak ambik nangis macam orang kene pukul...

Benda ni dh berlanjutan selama sebulan lebih... melekap je ngan abah... dia macam admire giler kat abah dia...

Kalau abah pergi keje boleh pulak dia tak cari... tapi biasa la kot kan...dulu ummi pun suka mintak bapak ummi dukung... means that insyirah ambik perangai ummi masa kecik... :)

P/s : Insyirah...kalau insyirah dah besar dan baca blog ummi ni... hopefully insyirah ingat ye pengorbanan abah dan ummi sepanjang membesarkan insyirah... love u so much anak :)

16 Ogo 2017

7 months

Assalamualaikum,

Hari ni genap la umur Insyirah 7 bulan 1 minggu.. 
Insyirah dah sebulan lebih makan....
Kita ni sebagai ibu yang bekerja memang banyak dugaan kan,, bagi aku la... 
kalau boleh jadi suri rumah alangkah indahnya,,, 

Insyirah dah pandai banyak benda haha... semakin seronok tengok perkembangan anak, 

Syukur dapat Insyirah, Tidur malam tak meragam pun,,, cuma nak tidur je lambat... tu pun dalam pukul 12 malam la... 

Tulis dalam blog ni saje je nak buat kenangan jaga Insyirah masa baby kan, harap la 1 day Insyirah dah besar & kalau la Insyirah boleh jumpa blog ummi, Insyirah boleh baca kisah Insyirah masa kat sini ye nak.. hahah..

Lets ummi cerita,

Nur Adra Insyirah Binti Muhammad Adri Zamri, Nama panggilan Insyirah... means kegembiraan, kebahagiaan... Ummi dapat ilham nama ni sempena 1 surah dalam al-quran (Al-Insyirah), masa mengandungkan Insyirah dalam 3 bulan, ummi kuat kata anak dalam perut ummi ni girl...

Masa nak beli buku nama pun, ummi & abbah decide nak beli buku nama bayi perempuan, Banyak sangat nama dalam tu, tapi kebanyakkan nama yang ummi usulkan pada abah dia tak setuju..

Masa mengandungkan Insyirah ummi suka amalkan baca surah Yusuf, surah Luqman dan Surah Al-insyirah & Surah Maryam... Biasanya surah famous orang akan baca surah Yusuf, surah Luqman & Surah Maryam je kan? tapi entah macam mana 1 day ummi  search (tak ingat tajuk apa ummi search) tapi jumpa la 1 blog cakap boleh amalkan surah Al-Insyirah & ayat kursi hembus pada perut ibu mengandung  dan niat dalam hati supaya dikurniakan anak yang baik akhlaknya, baik sifatnya etc..

Masa mengandung kita buat je yang baik2, yang tak bertentangan dengan islam kita amalkan je,,, doa yang baik2 buat baby kan...hampir setiap hari ummi akan baca surah ni.. dan 1 hari terdetik dalam hati ummi, kalau anak ummi  girl, ummi akan namakan dia Insyirah.

So, otw balik kerja ummi cakap kat abah, dah dapat nama la, Ummi sebut Insyirah.. automatically abah setuju tanpa sebarang ulasan, abah cakap sedap nama ni, jumpa mana bla...bla... bla...

Lepas Insyirah Keluar, Syukur...Syukur Alhamdulillah Insyirah memang tak banyak ragam, tak menangis sesuka hati, malam boleh tidur lena.. hehe...

Ni la ceritanya mana Insyirah dapat nama hehe..

P/s : ummi harap insyirah akan jadi baik sampai bila2... senang jaga sampai bila2... nanti besar jadi anak solehah ok...


Love u..


Lots of love,
Ummi (Aziana)


17 Jul 2017

Insyirah dah sihat

Masih belum terlambat untuk ucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri,Maaf Zahir & Batin"
Seronoknya tahun ni tahun ketiga beraya bersama suami tercinta, dan tahun pertama beraya bersama
anak sulung kami,

Beraya di kampung suami di Kelantan... Meredah jalan yang sesak, adalah suatu kewajipan.. haha
17 jam dalam kereta... 10 jam sahaja di "highway".. Nasib la Insyirah tak meragam..

Raya ke 8 balik ke Puchong, Insyirah di serang Flu, dan hampir di serang demam, Selamat la Ummi & Abah cepat buat teknik sponging. Alhamdulillah Insyirah tak demam tapi flu selama seminggu.. dan selepas flu tekak Insyirah berkahak pulak..

So kitorang buat air mandian lemon untuk Insyirah, dan bermula la episod sedut hidung, Insyirah pun susah tidur dan menangis masa nak tidur..

Untuk rawat kahak pulak, kitorang buat minyak bawang putih yang dibakar...

Alhamdulillah semalam dia sembuh sepenuhnya...

Syukur Alhamdulillah...


Love,
Ummi

13 Jun 2017

Nur Adra Insyirah

Agak lama tak masuk blog selepas post pasal aku mengandung hahaha...
dah nak setahun la gamaknya...
oh ye, aku dah selamat melahirkan seorang puteri...Syukur Alhamdulillah...
Allah dah beri nikmat yang tak semua orang boleh rasa didunia ni...
Terima Kasih Ya Allah...

Pada tarikh 10 Januari 2017, pada pukul 12.55 am aku selamat melahirkan seorang puteri secara normal.
Nur Adra Insyirah Binti Muhammad Adri Zamri nama diberi,,,
wah..panjangnya nama anak kau..(ramai orang cakap macam ni) haha..

Allah beri nikmat yang tak terhingga dari start aku pecah air ketuban dirumah pada pukul 6.30am,
Ye la, baru first pregancy mana nak tau apa yang keluar kan.. tapi ada bunyi "pop" dalam hati memang agak dah air ketuban, tapi untuk kepastian aku tanya mak aku,,

Lepas mak aku dah confirmkan tu air ketuban, semua kalut haha,, time tu orang sibuk nak pergi kerja time tu jugak aku nak pecah ketuban kan,,tapi perut tak sakit,, wah,,, boleh rileks2 la,, tapi kene paksa gi hospital cepat-cepat.. aku boleh lagi mandi rileks2..kat luar mak aku dah jerit kenapa mandi lama sangat.. hahahah

Sebelum aku pergi hospital, aku call husband aku, tapi tak berjaya.. kenapa kene call bukan laki ada sebelah ke? haha.. tak la, laki aku kat semenanjung, aku di sarawak.
so, since tak boleh call laki, aku call mertua aku, Laki aku cepat2 begegas bangun dan get ready fly to sarawak.. wah... macam super hero la kan haha

Sampai hospital pukul 8 pagi ditemani oleh 2 orang adik aku...(thanks a lot my sisters.)
naik tingkat 4 Hospital Umum Sarawak,pukul 9 aku start sakit perut..(sebab air ketuban memang dah pecah) aku ingatkan nak beranak dah...aku pujuk baby jangan keluar dulu sebab abah dia belum sampai.


Jam dah pukul 2 petang, asben sudah selamat sampai di Sarawak, wah...hepinya asben ada di sisi..
Tapi perut makin sakit,, tunggu nak beranak pun belum lagi ni, check bukaan baru 3cm,,

Pukul 7 malam, dah siap mandi. makan?? makanan banyak tapi makan 2,3 suap je,, makanan hospital pun asben aku yang makan haha...

Perut makin sakit, terasa lama sangat la kat hospital..padahal baru beberapa jam, aku pun teringat ustaz yang buat air selusuh aku, yang minyak selusuh boleh minum sikit, so aku pun telan la minyak tu,,, pukol 9 mlm perut makin sakit,,, rasa macam ada benda nak keluar, aku guna apps untuk tengok contraction.. memang betul tanda nak bersalin.

Aku panggil nurse... ada seorang sister tak nak layan aku,siap cakap belum masa, so aku jerit cakap memang nak keluar dah baby, dengan nada marah dia suruh doktor pelatih pegi check, dan bukaan 7cm, doktor tu pun tergesa-gesa panggil nurse supaya cepat hantar aku pergi labour room,

Turun bawah, selepas 15 minit aku d suruh push baby, tapi yang peliknya rasa sakit nak meneran dah hilang, Ya Allah, ni 1st baby aku kot,,, nak teran macam mana ni (dalam hati cakap) aku langsung tak jerit @ bercakap just ikut cakap nurse,,, asben aku pun duk bagi kata semangat, aku hampir putus asa.. Last2 aku push sekuat ati, baby pun keluar dengan selamat...

Maka lahirlah seorang puteri yang diberi nama NUR ADRA INSYIRAH Binti MUHAMMAD ADRI ZAMRI. Syukur tak terhingga rasanya... hepi sesangat kot masa tu,
dengan layanan yang terbaik dari nurse dan doktor.... macam layanan 1st class gitu padahal beranak kat hospital kerajaan. memang servis yang tiptop la...

Insyirah, ummi doakan Insyirah membesar menjadi anak yang solehah, dengar cakap umi dan abah, jadi anak yang pintar ye nak,,,, Insyirah ummi sayang Insyirah lebih dari nyawa ummi sendiri..


Lots of love,
Ummi


25 Ogo 2016

Journey of mother to be part 1

Alhamdulillah, ari ni masuk 5 bulan  usia kandungan aku, maksudnya dah masuk 2nd trimester.
Pengalaman semasa mengandung ni memang menyeronokkan,
2 bulan pertama aku tak kene alahan yang teruk sangat, cuma bab makan je tak boleh nak terima makanan sangat.

Bab makan semasa 2 bulan pertama memang teruk,
nasi makan 3 suap je,
minum tak boleh lebih,

Masuk je bulan ke 3, semua dah jadi ok,
makan minum ok, cuma kadang-kadang ada loya sikit2

Masa mengandung ni jarang makan benda masam, tak tahu kenapa
ada kawan kata akan dapat anak laki,
wallahualam :)

Lepas raya hari puasa hari tu aku pergi ke klinik kesihatan untuk buat buku merah,
Mereka layan aku dengan baik, dan semua proses berjalan dengan lancar,
sampai la proses scan, apa yang tak bestnya doktor tu x cakap apa-apa pun dengan aku pasal kandungan aku, ok ke,,, tak ok ke,,, langsung tak ada cakap,
aku duduk kat situ macam "krik krik"

Tak puas ati aku pergi scan klinik swasta, dan apa yang doktor tu cakap memuaskan ati aku,

so, mom & baby sihat sangat hehe
EDD 21 Januari 2017, ada jugak letak EDD 20 Januari, ada 19 Januari...
sama-sama la kita tunggu..


Lots of love,
Mommy

22 Ogo 2016

Terima Kasih Allah

29.03.2016 genap la setahun perkahwinan kami husband & wife.
Tapi belum dikurniakan anak... so,terpaksa la tahan telinga ni dari panas
dengar soalan2 manusia.. "bila lagi nak ada nak"
aku sekadar senyum sahaja.  dalam hati aku menjawab " itu semua kerja Allah,esok lusa mungkin Allah akan bagi"
14.04.16 masih belum ada tanda mengandung (faham2 je la mksdnya ye),

Bukannya tak ada usaha, usaha + tawakal..
ada dikalangan rakan sekerja cakap mungkin sebab aku duduk dengan mertua so "privacy" tu memang takde la kan... tapi bagi aku semua itu adalah pemikiran kolot manusia.. kerana mertua aku bukan jenis dalam drama ye...

Janji Allah tu pasti..dia sentiasa mendengar doa-doa hambanya, dan akan memberi bila hambanya sudah bersedia..

14.05.16 aku masih belum period, aku buat rilek dulu, sebabnya memang period aku kadang-kadang tak menetu... sehingga berlanjutan 2 minggu... dalam tempoh 2 minggu tu aku ada rasa mual-mual.. aku tetap buat tak tahu, sebabnya kalau nak check pregnancy pun kene tunggu 2 minggu dari tarikh period dijangka datang.

Genap 2 minggu, aku still tak period.
Encik suami ajak beli Pregnancy Test Kit, masa nak beli tu aku ragu-ragu,
ye la kalau beli dan result -ve, aku jadi sedih,
Encik Suami yakin aku dah pregnant (ye la suami kan ada degree kejururawatan),dan aku pun beli..

Balik rumah excited nak check, so aku pun terus check..

Resultnya....

Yea, +ve.. aku pregnant...
Aku dan Encik Suami gembira yang teramat dan bersyukur sangat-sangat.
untuk lebih kepastian kami pergi ke klinik swasta yang berdekatan, dan doktor pun sahkan aku mengandung.
Yang paling best doktor dan staff-staff dia pun turut gembira dan ucapkan tahniah kepada kami.. :)

Happy tak terhingga, dan  kini aku mengandung 17week 5 days.
sesungguhnya Allah sentiasa memakbulkan doa hambanya.. :)

25 Sep 2015

selamat hari raya korban semua....

Tahun ni first time beraya berdua je dengan encik suami... family mertua semua balik kampung...
ada orang tanya tak sedih ke tak raya dengan family??

jawapan aku : tak...
sebabnya aku happy berada disamping suami... beraya berdua pun apa salah nya...
yang penting...hari raya ni aku dapat masak laksa sarawak hehe...

tapi yang lagi syok bila boleh beraya kat kampung,,,

so... selamat hari raya korban semua  #latepost

19 Ogo 2015

kawin sudah....

29.03.15 adalah tarikh istimewa bagi aku dan suami... yeah... itu la hari perkahwinan kami...
dah 4 bulan 22 hari dah usia perkahwinan kami.. Walaupun majlis takde la gah sangat macam majlis perkahwinan orang lain, tapi... ianya "happening"...simple je, pagi majlis akad nikah, lepas selang 2 jam majlis persandingan kami.Ramai yang datang, nasib baik la makanan kami mencukupi...

Yang paling best, ramai yang mendoakan kami... Terima kasih pada yang mendoakan kebahgiaan kami,,, tapi tak lari juga diajukan pelbagai soalan dari ramai pihak... antaranya,

soalan 1 : pengantin laki ni asal dari mana?

soalan 2 : aik, jauhnya la cari orang kelantan, macam mana kenal??

Memang la jauh, aku suka cari jauh-jauh ni, supaya boleh la jalan jauh-jauh ...cara kami kenal pulak agak "rare" kottt... aku je rasa rare kot hahaha... kisah bermula 10 tahun lepas..

ye, agak lama menunggu untuk kami disatukan bersama... 10 tahun... sape sanggup tunggu 10 tahun?? banyak dugaan dan rintangan kami hadapi bersama... dari kami bergelar seorang pelajar, memang bermula dari "zero"

Orang cakap budak hingusan lagi kot masa kami baru kenal tu, well, memang aku mengaku masa tu kami budak hingusan lagi... budak sekolah yang beli komik hasil dari pemberian wang saku dari mak bapak hari-hari memang budak hingusan ok... hehe ( kredit to my fren zakirah yang ajak aku baca komik ni hehe)


Sekarang kami sudah dewasa, segalanya berbeza, banyak tanggungjawab... lebih banyak lagi bila bergelar ibu dan bapa suatu hari nanti... diharap, kami mampu melayari alam rumah tangga  yang kami bina ni dengan sempurna... walaupun sebanyak mana rintangan pun yang melanda,,, diharap kami boleh harunginya bersama-sama... Terima kasih suami atas segalanya, terima kasih atas cinta, kasih sayang yang dicurahkan, harap gelak tawa, pahit manis perkahwinan kita sentiasa mekar, semakin hari semakin sayang hehe...

p/s : terima kasih yang tak terhingga aku dan suami nak ucapkan kepada seluruh ahli keluarga kami yang tak kenal erti penat, bersama-sama bertungkus lumus menjalankan tugas masing-masing (samada majlis pihak perempuan mahupun lelaki), tak dapat kami balas dengan wang ringgit... cuma Allah saja yang mampu membalasnya... terima kasih semua...

tak lupa juga kepada jurukamera, mak andam, orang pelamin yang deco pelamin superb hehe, orang katering juga... thanks, semoga bisnes kalian sukses ye..






9 Nov 2014

Journey of bride 2 be (part 1)

Alhamdulillah......
sekarang aku rasa aku dah cukup dewasa bila si dia call bapak aku dan cakap nak kawin dengan aku....
Gentle tak bakal laki aku? haha (semua orang buat cam tu kot... )
tapi aku x cakap apa2 pun kat bapak aku pasal dia nak call... dan Alhamdulillah bapak aku pun tak la terkejut beruk sangat bila dengar keputusan kami nak kawin...
bapak dan mak aku terima dengan hati yang terbuka,...

Bila pihak lelaki dah cakap nak kawin dan dah pun datang berjumpa... minum kopi berbincang tarikh yang sesuai untuk kawin.... so akan timbul banyak masalah pada bakal pengantin ni kan???

banyak sangat persoalan yang akan timbul dalam minda bakal si pengantin ni....

persoalan  pertama :

TEMPAT
macam aku sendiri... kawasan kampung aku dah la jalan raya sekangkang kera kot orang cakap... masalah jalan yang sempit.. so untuk buat majlis perkahwinan di rumah adalah satu masalah besar kot kot..
kalau buat dirumah nanti tak ramai kawan-kawan yang boleh datang...almaklumla kawasan kampung aku takde parking...

so, mula la otak aku berserabut nak cari tempat.... so misi survey tempat yang sesuai pun bermula....

Dewan pertama yang aku survey dan aku ingin sangat nak pakai ialah

1: Dewan Pustaka Kuching...
Encik tunang aku pun call la dewan tu.... tapi jawapan yang kami terima amat menyedihkan...
Pada tarikh yang kami nak sangat guna tu dah ditempah oleh pasangan lain... ni la masalah nya kalau nak sangat buat majlis masa cuti sekolah...

  • Harga tak pasti berapa.. aku pernah dengar kawan aku cakap sewa RM500
  • Boleh muat dalam 300 orang je. (nak lebih boleh letak kanopi di luar dewan)

So dewan kedua yang kami nak survey ialah :
2. Dewan Kastam Kuching.
Bila aku suara pendapat dan keinginan aku nak pakai dewan tu.. family aku agak kurang setuju... dengan alasan dewan tersebut terlalu sempit dan hanya dapat menampung tetamu seramai 300 orang kot,,, (kurang pasti, sebab ni dengar-dengar cerita orang)

3. Dewan Suarah...
Dewan ni dah cukup bagus dah bagi aku... perfect org cakap... dari dulu memang aku mengidam nak sewa dewan ni untuk majlis aku... mula-mula aku dah giveup dah... sebab banyak sangat dewan dah full book... so pada mulanya, aku ambik keputusan, ayah dan encik tunang setuju nak guna dewan ni...

  • Dewan ni boleh muat dalam 1000 orang... 
  • Harga pun not bad la... dalam sewa RM 800..
  • Kerusi dan meja terpaksa sewa lain...sebab kerusi yang sedia ada dah tak banyak dah...
  • P.A system korang kene sewa lain.. apa yang menarik dewan ni ialah view untuk pelamin tu memang perfect dengan lighting dia yang superb orang cakap... 

tapi yang sedihnya bila guna dewan ni semua catering dan pelamin akan charge harga yang lebih tinggi dari sedia ada... alasan dorang kene naik tangga.. 
Bila bincang balik ngan family.. akak aku cakap, cuba call satu g dewan ni... Dewan Bidayuh nama dia..

4. Dewan Bidayuh Kuching.
Akak aku call la dewan ni... bila sebut je tarikh... dorang cakap ada lagi kosong...
Alhamdulillah...
so akak aku terus book tarikh tu... so aku pun terus bawak parent aku g melawat dewan ni...
memang cukup berkenan la aku dengan dewan ni...
Kenapa aku berkenan?

  • Harga RM 1600 termasuk kerusi dan meja dan p.a system sekali
  • Kerusi (800 kerusi banquet, 500 kerusi plastik)
  • meja (tak ingat berapa)

bagi aku la... dengan harga tu memang agak berbaloi berbanding sewa dewan lain dengan kerusi meja di sewa berasingan kan?
so aku pun setuju sewa dewan ni... booked ok hehe

Dengan ini.... aku dah ada tempat majlis, tarikh dan masa hehe...

(kenapa aku letak entry ni dalam blog? sebab aku nak tolong kawan-kawan yang duduk di kawasan kuching untuk survey harga dewan disekitar  kawasan kuching ni... tak la macam aku,,, bila nak search je memang tak da sangat info pasal dewan ni...)



13 Jul 2014

HAppY BirthDay MY LOVE

Happy birthday to you,,,, 

Hari ni hari jadi my encik abg,,, Adri Zamri.... heheh

dah tua dah ye,,,, genap 25 tahun... dah sukses dah hidup bila menjangkau 25 tahun ni... 

Tahniah kat orang tu... dia dah habis belajar... dah dapat keje dah pun.... hehe

TAHNIAH,,,,,

Tapi sedih kan... kita tak dapat sambut birthday sama2 tahun ni,,, sebab berjauhan kejap... takpe la nanti kita jumpa.. :-)




selamat hari jadi diucapkan kepada abg... semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik,.... dipanjangkan usia... dipermudahkan segala urusan..sentiasa dimurahkan rezeki... hehe i love u.. 



28 Jun 2014

selamat menyambut ibadah puasa kepada semua umat islam di seluruh dunia..... kepada yang mengenali diri ini..diharap segala kesalahan yang mungkin aku dah buat kat korang samada sengaja ataupun tidak haraplah dimaafkan...

kalau aku ada hutang kat korang do massage me.. hehe

*sama-sama la kita mengejar pahala di bulan ini ye kawan2... chaiyok2 :)

12 Apr 2014

pray for mh370

Apa korang rasa bila hilang orang yang kita sayang?

??????!!!!###@?????

Of course all of us takleh nak pikir apa yang kita rasa bila orang yang kita sayang hilang kan?

Seumur hidup aku... aku pernah hilang 2 orang insan yang paling aku syg..
 1)  datuk aku.... msa dia meninggal tu... aku baru je berusia 5 tahun....atuk aku tu amat sygkn cucunya... apa yg plg aku igt .. dia tegas dlm pendidikan agama kami .... masa aku umur 4 thn...dia dh tegas supaya aku mula belajar mengaji... baru aku tahu kenapa dia nak sangat aku mengaji umur 4 tahun... sebab... dia tahu yang dia tak cukup masa utk tengok aku membesar... dia nak sangat aku hafal surah2 lazim... sekurang-kurangnya dengan hafal surah lazim aku boleh sedekahkan pada arwah... Alhamdulillah... usia aku 5 tahun...dah boleh baca Al-Quran... sampai sekarang aku ingat lagi kejadian atuk aku meninggal... sedih....sedih sangat... masa tu aku kecik lagi...tapi aku boleh rasakan kesedihan tu bila kita kehilangan orang yang kita syg...

2) orang kedua yang paling aku syg ialah nenek aku... sedih.... masa dia meninggal aku teramat2 sedih.... kenapa?? Sepanjang dia follow up di hospital normah... aku la orang yang selalu menemaninya...i know she love me more... dia selalu pesan supaya baca Al-quran... jangan tinggal solat...dia selalu tekankan pada kami semua kenapa pentingnya baca Al-quran... kenapa perlu ada adab semasa baca Al-quran... itu la pesanan yang paling aku ingat sampai la hari dia meninggal.... kenapa dia nak sangat cucu2 dia pandai baca Al-quran... supaya kami semua... cucu dia boleh bacakan Al-quran disisinya walaupun rohnya dah berpisah dengan jasadnya... aku tahu masa dia meninggal tu...dia nampak kami semua bacakan al-quran sampai habis malam tu...

Dengan kehilangan 2 insan yang paling aku sayang ni... aku takut untuk kehilangan orang lain yang aku sayang...

Baru2 ni... hilang pesawat mh370... sedih... aku pun merasa kesedihan tu... walaupun tiada ahli keluarga didalam pesawat tersebut... tapi kesedihan itu terpalit jua... :'(

Cuba kita fikir... apa yang berlaku pada keluarga mangsa pesawat mh 370 sejak hari pertama kehilangan pesawat tu..?

Kesian.... itu je yang mampu kita ungkapkan... tapi kita tak tahu...sedih kita mungkin tak sama dengan kesedihan mereka... we are not in their shoes... perit yang mereka tanggung bila terbaca berita2 yang bukan2 tentang keluarga mereka...ada yang mengeluarkan kata2 yang kurang enak didengar... ada yang mencaci ..

Ada yang meninggalkan anak kecil yang belum tahu apa2 .. mencari ayah... amatlah aku kagumi anak2 mangsa yang boleh menerima kenyataan dengan redha... isteri2 redha dengan ketentuan illahi... bukan mudah untuk kita kehilangan orang tempat untuk kita berkongsi masalah... ibu bapa kehilangan anak...redha itu amat penting... amatlah kuat dan tabah hati mereka..

Walaupun dh lambat...aku nak cakap gak...

Apa yang penting sekarang .. kita hentikan spekulasi2 yang tidak berasas... dilaman sosial... kita hentikan penghinaan... bersatulah... berdoa...supaya Allah permudahkan urusan pencarian mh370..  kerana doa itu penting.... Allah nak kita ingat kembali kepadanya.... hanya Allah yang tahu apa yang akan terjadi... Tiada siapa yang mampu mengatasi kuasaNya...

13 Mac 2014

suprise.....

Yeay...dapat suprise lagi...

Mesti la hepi bila dapat hadiah kan? Xkn la nak nangis pulak huhu....

I love u my love.... hehe


11 Feb 2014

hepi birthday sis ana...

9 februari my best fren  birthday.... hepi bday sis...
Sorry la tadi.... kitorang datang lambat on ur belated birthday party sebab keje la kan... ini la susahnya keje shift ni....

Taknak la sedih2 lagi ye sis... semoga sis ana panjang umo... dimurahkan rezeki... on ur birtday... saya doakan sister dianugerahkan cahaya mata yang ditunggu-tunggu selama ni.. kepada kawan2 yang baca ni... harap semua doakan my fren ni...

Amin...



Tu dia birthday cake dia 9hb lepas... gambar takleh tunjuk... kang nanti ada yang kene saman hehe... 

Lots of love... 
Ur cute fren hehe..

5 Feb 2014

middle child snydrome~~~

Bertuah jadi anak sulung.... saat yang paling membahgiakan dalam hubungan mak ayah...benda yang paling dorang inginkan selepas berkahwin ialah... anak sulung... tau2 je bini dah mengandungkan anak pertama,mula la parent kita rasa bahagia... selepas melahirkan... mula la dihebahkan kepada orang ramai pasal anak sulung ni... dijaga bagai menatang minyak yang penuh lak tuh...

Bila muncul anak tengah... apa yang bestnya??? Semua dah macam biasa bagi dorang... rasa teruja pregnant anak tengah tak sama macam dapat anak pertama.... 

Bila muncul anak bongsu lak... semua orang sayang dan manjakan... alasan?? Dia paling last dalam family... 

Itu aku tak kisah... 

Apa yang aku kisahkan??? Nasib aku jadi anak tengah.... 

Ramai orang cakap tak best jadi anak tengah... 

Kenapa???? Anak tengah jarang mendapat perhatian??? Mungkin kot... tapi mungkin tak semua orang macam tu kot?? 

Dari pengalaman aku sendiri jadi anak tengah... hm... bagi aku..aku bersyukur jadi anak tengah... kenapa??? Ye la...lahir gak aku kat dunia ni kan? 

Hm...tapi jadi anak tengah ni payah sikit... 
Sesetengah orang cakap,anak tengah ni mempunyai sikap yang unik berbanding anak2 yang lain... ye ke?? Entahla... 

Ada jugak orang cakap.... anak tengah ni akan menjadi sangat nakal dalam keluarga berbanding adik bradik yang lain?? 

Bagi aku sendiri...susah jadi anak tengah... susah dalam segala aspek... anak tengah lebih banyak makan ati berulam jantung je oiii... yela... dari kecik g dah kene idup mandiri... berdikari dalam segala aspek... 

Aku sendiri... dari umo 6 tahun (tadika) pegi skolah pagi2 dah kene bangun mandi sendiri... pakai baju sendiri... 

Anak sulung paling bertuah... apa2 je benda yang berlaku dalam idup dia dari baby g adalah peristiwa yang paling bahagia dalam idup parent... bila pandai berjalan...bila pandai sebut nama mak ayah... bila masuk sekolah je... semua benda baru... pegi sekolah mak ayah hantar... best kan? 

Bila dah besar... anak tengah ni lebih cepat matang dari adik beradik yang lain?? Ye ke?? Entah la... 

Tapi mungkin ada betul gak kot... 
Aku sendiri...dari kecik g... kalau pegi jalan2 dengan parent mesti akan fikir banyak kali...samada nak mintak belikan apa2 ke tak... tapi aku banyak mengalah je dengan adik bradik yang lain... 

Kesiankan jadi aku?? Lama2 bila dah besar... semua benda nak kene fikir dulu...apakah aku akan susahkan mak bapak aku ke tak... 

Tapi best jugak jadi aku a.k.a anak tengah...walaupun dalam keluarga nampak tak menonjol @ tak menjadi perhatian sangat...tapi kat luar ada ramai kawan... ye ke?? Entah la...tapi aku ramai kawan!! Ada yang best...ada yang tak best.. tapi lebih ramai yang best la!! 

Anak tengah ni... mudah idup berdikari berbanding anak yang lain?? Ye ke?? Tapi bagi aku kesian anak tengah...apa2 je hal yang jadi mesti salah anak tengah... apa2 je yang tak betul mesti salahkan angah sebab tak jaga adik... along sibuk belajar... Adik sape nak jaga kalau mak sibuk?? Angah la jaga!!! 

Pernah mak aku cakap... "ko mesti mengalah dengan adik2" motif??? 

Tak payah cakap pn aku memang banyak mengalah... it's ok mom.. i'm okay...

Tapi... jangan la sedih jadi angah!!! Sesungguhnya anak tengah ni la manusia yang paling bahagia dan berguna dalam idupnya... 

Lots of love,
Aku anak tengah!!

 

14 Okt 2013

hari penat sedunia....

Aku ingatkan kalau kenduri kawin ni, senang je... tak payah nak susah payah....tapi rupa2nya semua yang aku fikir jauh meleset .....

Giler tak penat???? Penat weh.... sampai kaki aku sakit semata2 kemas umah?

Haiyoooo.... anyway persiapan perkahwinan kakak aku baru je 30%....

Hopefully.... all is well....

Tapi..... bju pengantin dia x siap g... kesiannnnn....


Lot's of love dari org penat...
Azieyana zamri..

8 Okt 2013

erti kehidupan

Uihhhh...lama giler tak jenguk blog... dah berhabuk2 dah..
Sekarang i dah ready nak berblogging blik u.. hehe...
 Ni sume sebab aku dah semakin lanjut d mamah usia... :p

Dulu bila kecik2 kita jadi excited bila ulangtahun kelahiran kita... semua kanak2 akan teruja bila tibanya tarikh ni...

Mula la nak suruh mak bapak korang beli macam2 kan3...

Dulu kecik2 boleh la macam tu... tapi hila dah dewasa ni... kadang2 kita terfikir...
Apakah cukup pada hari jadi, kita sekadar menunggu ucapan & hadiah dari kawan & orang tersayang??

Kenapa tidak kita fikir,
"Dah semakin tua dah aku... apa cukup amal aku sepanjang hidup ni?"

"Adakah kita dah menjadi orang yang paling berguna?"


Ohhhh... sungguh susah bagi kita untuk memikirkannya...

Hm.... sebagai seorang manusia yang semakin hari semakin dewasa...  amat susah kita melalui hari2 kita di muka bumi ini....

Apa yang penting... pengalaman,cabaran & dugaan yang Allah berikan kepada kita... mengajar kita mengenali erti kehidupan kita yang sebenar...

Allah tu hebat... dia ciptakan kita... dia berikan kita kehidupan... dia ciptakan bumi untuk kita melakarkan erti kehidupan kita... untuk kita menjadi pelakon yang nyata di hadapanNYA...

Allah berikan kita cabaran dalam kehidupan kita untuk kita belajar dan berfikir erti kehidupan kita yang sebenar...

Hm... panjang lebar aku membebel... nampak sangat aku dah semaki  tua dan dewasa kan3.. haha...

Lots of love,
Yana zamri...