terima kasih...bagi makan tiap-tiap ari pun boley :P



22 Ogo 2016

Terima Kasih Allah

29.03.2016 genap la setahun perkahwinan kami husband & wife.
Tapi belum dikurniakan anak... so,terpaksa la tahan telinga ni dari panas
dengar soalan2 manusia.. "bila lagi nak ada nak"
aku sekadar senyum sahaja.  dalam hati aku menjawab " itu semua kerja Allah,esok lusa mungkin Allah akan bagi"
14.04.16 masih belum ada tanda mengandung (faham2 je la mksdnya ye),

Bukannya tak ada usaha, usaha + tawakal..
ada dikalangan rakan sekerja cakap mungkin sebab aku duduk dengan mertua so "privacy" tu memang takde la kan... tapi bagi aku semua itu adalah pemikiran kolot manusia.. kerana mertua aku bukan jenis dalam drama ye...

Janji Allah tu pasti..dia sentiasa mendengar doa-doa hambanya, dan akan memberi bila hambanya sudah bersedia..

14.05.16 aku masih belum period, aku buat rilek dulu, sebabnya memang period aku kadang-kadang tak menetu... sehingga berlanjutan 2 minggu... dalam tempoh 2 minggu tu aku ada rasa mual-mual.. aku tetap buat tak tahu, sebabnya kalau nak check pregnancy pun kene tunggu 2 minggu dari tarikh period dijangka datang.

Genap 2 minggu, aku still tak period.
Encik suami ajak beli Pregnancy Test Kit, masa nak beli tu aku ragu-ragu,
ye la kalau beli dan result -ve, aku jadi sedih,
Encik Suami yakin aku dah pregnant (ye la suami kan ada degree kejururawatan),dan aku pun beli..

Balik rumah excited nak check, so aku pun terus check..

Resultnya....

Yea, +ve.. aku pregnant...
Aku dan Encik Suami gembira yang teramat dan bersyukur sangat-sangat.
untuk lebih kepastian kami pergi ke klinik swasta yang berdekatan, dan doktor pun sahkan aku mengandung.
Yang paling best doktor dan staff-staff dia pun turut gembira dan ucapkan tahniah kepada kami.. :)

Happy tak terhingga, dan  kini aku mengandung 17week 5 days.
sesungguhnya Allah sentiasa memakbulkan doa hambanya.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan