terima kasih...bagi makan tiap-tiap ari pun boley :P



9 Nov 2014

Journey of bride 2 be (part 1)

Alhamdulillah......
sekarang aku rasa aku dah cukup dewasa bila si dia call bapak aku dan cakap nak kawin dengan aku....
Gentle tak bakal laki aku? haha (semua orang buat cam tu kot... )
tapi aku x cakap apa2 pun kat bapak aku pasal dia nak call... dan Alhamdulillah bapak aku pun tak la terkejut beruk sangat bila dengar keputusan kami nak kawin...
bapak dan mak aku terima dengan hati yang terbuka,...

Bila pihak lelaki dah cakap nak kawin dan dah pun datang berjumpa... minum kopi berbincang tarikh yang sesuai untuk kawin.... so akan timbul banyak masalah pada bakal pengantin ni kan???

banyak sangat persoalan yang akan timbul dalam minda bakal si pengantin ni....

persoalan  pertama :

TEMPAT
macam aku sendiri... kawasan kampung aku dah la jalan raya sekangkang kera kot orang cakap... masalah jalan yang sempit.. so untuk buat majlis perkahwinan di rumah adalah satu masalah besar kot kot..
kalau buat dirumah nanti tak ramai kawan-kawan yang boleh datang...almaklumla kawasan kampung aku takde parking...

so, mula la otak aku berserabut nak cari tempat.... so misi survey tempat yang sesuai pun bermula....

Dewan pertama yang aku survey dan aku ingin sangat nak pakai ialah

1: Dewan Pustaka Kuching...
Encik tunang aku pun call la dewan tu.... tapi jawapan yang kami terima amat menyedihkan...
Pada tarikh yang kami nak sangat guna tu dah ditempah oleh pasangan lain... ni la masalah nya kalau nak sangat buat majlis masa cuti sekolah...

  • Harga tak pasti berapa.. aku pernah dengar kawan aku cakap sewa RM500
  • Boleh muat dalam 300 orang je. (nak lebih boleh letak kanopi di luar dewan)

So dewan kedua yang kami nak survey ialah :
2. Dewan Kastam Kuching.
Bila aku suara pendapat dan keinginan aku nak pakai dewan tu.. family aku agak kurang setuju... dengan alasan dewan tersebut terlalu sempit dan hanya dapat menampung tetamu seramai 300 orang kot,,, (kurang pasti, sebab ni dengar-dengar cerita orang)

3. Dewan Suarah...
Dewan ni dah cukup bagus dah bagi aku... perfect org cakap... dari dulu memang aku mengidam nak sewa dewan ni untuk majlis aku... mula-mula aku dah giveup dah... sebab banyak sangat dewan dah full book... so pada mulanya, aku ambik keputusan, ayah dan encik tunang setuju nak guna dewan ni...

  • Dewan ni boleh muat dalam 1000 orang... 
  • Harga pun not bad la... dalam sewa RM 800..
  • Kerusi dan meja terpaksa sewa lain...sebab kerusi yang sedia ada dah tak banyak dah...
  • P.A system korang kene sewa lain.. apa yang menarik dewan ni ialah view untuk pelamin tu memang perfect dengan lighting dia yang superb orang cakap... 

tapi yang sedihnya bila guna dewan ni semua catering dan pelamin akan charge harga yang lebih tinggi dari sedia ada... alasan dorang kene naik tangga.. 
Bila bincang balik ngan family.. akak aku cakap, cuba call satu g dewan ni... Dewan Bidayuh nama dia..

4. Dewan Bidayuh Kuching.
Akak aku call la dewan ni... bila sebut je tarikh... dorang cakap ada lagi kosong...
Alhamdulillah...
so akak aku terus book tarikh tu... so aku pun terus bawak parent aku g melawat dewan ni...
memang cukup berkenan la aku dengan dewan ni...
Kenapa aku berkenan?

  • Harga RM 1600 termasuk kerusi dan meja dan p.a system sekali
  • Kerusi (800 kerusi banquet, 500 kerusi plastik)
  • meja (tak ingat berapa)

bagi aku la... dengan harga tu memang agak berbaloi berbanding sewa dewan lain dengan kerusi meja di sewa berasingan kan?
so aku pun setuju sewa dewan ni... booked ok hehe

Dengan ini.... aku dah ada tempat majlis, tarikh dan masa hehe...

(kenapa aku letak entry ni dalam blog? sebab aku nak tolong kawan-kawan yang duduk di kawasan kuching untuk survey harga dewan disekitar  kawasan kuching ni... tak la macam aku,,, bila nak search je memang tak da sangat info pasal dewan ni...)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan