Masih belum terlambat untuk ucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri,Maaf Zahir & Batin"
Seronoknya tahun ni tahun ketiga beraya bersama suami tercinta, dan tahun pertama beraya bersama
anak sulung kami,
Beraya di kampung suami di Kelantan... Meredah jalan yang sesak, adalah suatu kewajipan.. haha
17 jam dalam kereta... 10 jam sahaja di "highway".. Nasib la Insyirah tak meragam..
Raya ke 8 balik ke Puchong, Insyirah di serang Flu, dan hampir di serang demam, Selamat la Ummi & Abah cepat buat teknik sponging. Alhamdulillah Insyirah tak demam tapi flu selama seminggu.. dan selepas flu tekak Insyirah berkahak pulak..
So kitorang buat air mandian lemon untuk Insyirah, dan bermula la episod sedut hidung, Insyirah pun susah tidur dan menangis masa nak tidur..
Untuk rawat kahak pulak, kitorang buat minyak bawang putih yang dibakar...
Alhamdulillah semalam dia sembuh sepenuhnya...
Syukur Alhamdulillah...
Love,
Ummi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan