terima kasih...bagi makan tiap-tiap ari pun boley :P



13 Jun 2017

Nur Adra Insyirah

Agak lama tak masuk blog selepas post pasal aku mengandung hahaha...
dah nak setahun la gamaknya...
oh ye, aku dah selamat melahirkan seorang puteri...Syukur Alhamdulillah...
Allah dah beri nikmat yang tak semua orang boleh rasa didunia ni...
Terima Kasih Ya Allah...

Pada tarikh 10 Januari 2017, pada pukul 12.55 am aku selamat melahirkan seorang puteri secara normal.
Nur Adra Insyirah Binti Muhammad Adri Zamri nama diberi,,,
wah..panjangnya nama anak kau..(ramai orang cakap macam ni) haha..

Allah beri nikmat yang tak terhingga dari start aku pecah air ketuban dirumah pada pukul 6.30am,
Ye la, baru first pregancy mana nak tau apa yang keluar kan.. tapi ada bunyi "pop" dalam hati memang agak dah air ketuban, tapi untuk kepastian aku tanya mak aku,,

Lepas mak aku dah confirmkan tu air ketuban, semua kalut haha,, time tu orang sibuk nak pergi kerja time tu jugak aku nak pecah ketuban kan,,tapi perut tak sakit,, wah,,, boleh rileks2 la,, tapi kene paksa gi hospital cepat-cepat.. aku boleh lagi mandi rileks2..kat luar mak aku dah jerit kenapa mandi lama sangat.. hahahah

Sebelum aku pergi hospital, aku call husband aku, tapi tak berjaya.. kenapa kene call bukan laki ada sebelah ke? haha.. tak la, laki aku kat semenanjung, aku di sarawak.
so, since tak boleh call laki, aku call mertua aku, Laki aku cepat2 begegas bangun dan get ready fly to sarawak.. wah... macam super hero la kan haha

Sampai hospital pukul 8 pagi ditemani oleh 2 orang adik aku...(thanks a lot my sisters.)
naik tingkat 4 Hospital Umum Sarawak,pukul 9 aku start sakit perut..(sebab air ketuban memang dah pecah) aku ingatkan nak beranak dah...aku pujuk baby jangan keluar dulu sebab abah dia belum sampai.


Jam dah pukul 2 petang, asben sudah selamat sampai di Sarawak, wah...hepinya asben ada di sisi..
Tapi perut makin sakit,, tunggu nak beranak pun belum lagi ni, check bukaan baru 3cm,,

Pukul 7 malam, dah siap mandi. makan?? makanan banyak tapi makan 2,3 suap je,, makanan hospital pun asben aku yang makan haha...

Perut makin sakit, terasa lama sangat la kat hospital..padahal baru beberapa jam, aku pun teringat ustaz yang buat air selusuh aku, yang minyak selusuh boleh minum sikit, so aku pun telan la minyak tu,,, pukol 9 mlm perut makin sakit,,, rasa macam ada benda nak keluar, aku guna apps untuk tengok contraction.. memang betul tanda nak bersalin.

Aku panggil nurse... ada seorang sister tak nak layan aku,siap cakap belum masa, so aku jerit cakap memang nak keluar dah baby, dengan nada marah dia suruh doktor pelatih pegi check, dan bukaan 7cm, doktor tu pun tergesa-gesa panggil nurse supaya cepat hantar aku pergi labour room,

Turun bawah, selepas 15 minit aku d suruh push baby, tapi yang peliknya rasa sakit nak meneran dah hilang, Ya Allah, ni 1st baby aku kot,,, nak teran macam mana ni (dalam hati cakap) aku langsung tak jerit @ bercakap just ikut cakap nurse,,, asben aku pun duk bagi kata semangat, aku hampir putus asa.. Last2 aku push sekuat ati, baby pun keluar dengan selamat...

Maka lahirlah seorang puteri yang diberi nama NUR ADRA INSYIRAH Binti MUHAMMAD ADRI ZAMRI. Syukur tak terhingga rasanya... hepi sesangat kot masa tu,
dengan layanan yang terbaik dari nurse dan doktor.... macam layanan 1st class gitu padahal beranak kat hospital kerajaan. memang servis yang tiptop la...

Insyirah, ummi doakan Insyirah membesar menjadi anak yang solehah, dengar cakap umi dan abah, jadi anak yang pintar ye nak,,,, Insyirah ummi sayang Insyirah lebih dari nyawa ummi sendiri..


Lots of love,
Ummi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan