Wee... Best kan,, tahun ni kita masih berkesempatan untuk menyambut hari raya haji...dan lagi best bagi orang yang dipilih menjadi tetamu Allah...
Seronok tak terkata kan kalau kita dapat turut serta dengan jemaah haji datang berjumpa Allah...
Dari kecik dulu sampai
Bila tengok tv, akan nampak la beribu-ribu mahupun berjuta umat islam berada di makkah...
Sayunya hati bila melihat mereka berhimpun untuk berjumpa illahi...
Dan tiba-tiba air mata mengalir perlahan apabila dapat menyaksikan sekumpulan manusia dapat menyentuh kaabah dan mencium hajarul aswad (batu dari syurga)...
Terdetik sedikit rasa cemburu...bukannya cemburu yang negatif ok!!
Cemburu yang positif... Cemburu kerana aku belum berpeluang untuk menjadi tetamu Allah...
Cemburu kerana aku belum terpilih menuju kerumahNYA....
cemburu melihat jutaan umat islam
bersama-sama tawaf ( dimana mengelilingi kaabah)
bersama - sama saie ( mengingati peristiwa siti hajar berulang - alik mencari air untuk anaknya Nabi Ismail dari safar ke marwah)
bersama-sama melontar jumrah (mengingati peristiwa nabi Ibrahim mengambil batu lalu merejam iblis yang menghasutnya berkali-kali)
bersama-sama wukuf di padang arafah... (mengingati peristiwa Nabi Adam dan hawa diturunkan kebumi akibat tipu daya iblis dan mengambil masa 40 tahun bertemu kembali,,dan disinilah "arafah" mereka bertemu lalu memohon ampun daripada Allah.)
serta bersama - sama melaungkan
" LABBAIKA ALLAHUMMA LABBAIKA
LABBAIKALA SYARIKALAKA LABBAIKKA
INNAL HAMDA WAN NI'MATA LAKA
WALMUL'K LA SYARIKA LAKA LABBAIKA"
Maksud : aku patuhi perintah-Mu
aku patuhi, aku patuhi
Tiada sekutu bagi-Mu, aku patuhi perintah-Mu
Sesungguhnya puji dan nikmat adalah milik-Mu
Begitu pula kerajaan, tiada sekutu bagi-Mu
Aku patuhi perintah-Mu
p/s : kepada yang tak berpeluang mengerjakan ibadah haji, dan mampu a.k.a ada simpanan lebih jom buat ibadah korban..
besar pahala kalau bersedekah :-)
:-) selamat hari raya haji semua ..
lot's of love,
cik yana zamri
Labbai kallahumma labbaik,
Labbaikallah humma kala kalabbaik,
Innalhamda wanni'mata laka walmulk,
La sharikalak
Labbaikallah humma kala kalabbaik,
Innalhamda wanni'mata laka walmulk,
La sharikalak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan